Tuesday, September 8, 2009

LUCK???..PERKATAAN YANG SUKAR UNTUK MUNCUL DALAM KEHIDUPAN AKU...



Tanggal 9/9/09 19 Ramadhan
Tarikh hari ini cukup keramat mungkin, kerana sekali seumur hidup kita melalui tarikh ini. Sama seperti tahun terdahulu, tarikh-tarikh yang unik ini akan dijadikan satu hari bersejarah dalam hidup bagi sesetengah orang. Sebagai contohnya, terdapat segelintir pasangan memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan dan sebagainya. Suatu hari yang bermakna dan membawa erti yang besar ke dalam kehidupan mereka. Tetapi bagi aku, kehidupan berjalan seperti biasa, tiada yang istimewa pada tarikh hari ini. Rutin harian pergi kerja balik kerja sudah sebati dengan kehidupan aku. Hidup dirantau memang cukup menguji kesabaran. Aku kadang-kadang kalau ikutkan hati mahu saja cabut dan balik goyang kaki kat rumah. Tetapi logik ke tindakan aku dalam keadaan dan situasi di mana orang sibuk mencari kerja dan masih menunggu jawapan temuduga mereka yang mencecah sampai bertahun-tahun. Aku pun tersepit antara kehendak dan tanggungjawab. W/bagaimanapun sejak dari dulu lagi setiap tindakan yang aku ambil, aku akan pentingkan keluarga terlebih dahulu. Apa-apa pun yang aku lakukan aku fikirkan Abah, Ma dan adik-adik. Segala keperluan mereka aku cuba turuti sedaya yang mungkin. Kerana bagi aku hidup tak bermakna tanpa mereka. Tetapi samapai bilakah aku akan terus dilema begini...'LUCK' tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Semua yang aku capai hari ini perlukan pengorbanan dan perit jerih keringatku satu-persatu tiada yang tertinggal pun. Kadang-kadang bila melihatkan kawan-kawan lain yang bahagia dan gembira dengan pekerjaan mereka aku naik cemburu. "Apa lebihnya mereka?..apa kurangnya aku?" Aku selalu jadi mangsa keadaan. Sebab aku tidak tahu bagaimana mahu membantah atau melukakan perasaan orang lain. Aku tak sanggup hampakan harapan dan permintaan orang. Maka sebabnya aku selalu jadi mangsa. Orang lain kerja tanpa 'stress' dan bergaji besar. Aku???..kerja tanpa hala tuju dan selalu menjadi tempat meluahkan kemarahan. Salah aku???..semua salah aku...Kadang-kadang aku terfikir yang aku sepatutnya memanjat syukur sebab berada di tahap ini sekarang. Namun masalah yang bertimpa-timpa membuatkan aku selalu menyalahkan takdir. Aku tidak kuat untuk menghadapi ujian-MU YA ALLAH...aku insan dan hambamu yang lemah. Aku tidak pandai melawan kata atau membangkang maka sebabnya aku jadi manusia lemah yang tidak punya apa-apa kelebihan. Tetapi semua kata-kata itu akan ku tepis bila mengingatkan suatu cerita tentang ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T punya banyak rencana untk setiap hambaNYA tak terkecuali aku.
Mereka yang selalu mendapat kesusahan di dunia kerana ALLAH S.W.T hendak melangsaikan semua hutang dosa hambanya itu supaya tidak akan dihisab di akhirat kelak kerana azab dan balasan di akhirat lagi dashyat. Maka hamba ALLAH S.W.T yang senantiasa mendapat kesenangan dunia harus beringat kerana tak semestinya kesenangan yang dikurniakan kerana ALLAH S.W.T sayang. Begitulah sifat ALLAH S.W.T yang MAHA BESAR lagi MAHA BIJAKSANA. Segala yang direncanakan pasti ada sebab dan alasan tersendiri. Maka sebagai hamba kita tidak sepatutnya mempersoalkan semua yang ditakdirkan dalam hidup kita. Sama situasinya seperti aku. Berpegang pada kata yang satu "Jangan bimbang jika seluruh dunia bencikan kamu kerana ALLAH S.W.T masih menyayangi kamu, bimbanglah jika ALLAH S.W.T yang membenci kamu". Kadang-kadang kita perlu terima hakikat bahawa kita bersendirian dalam dunia yang fana ini. Wallahualam.......

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment