Wednesday, September 9, 2009

LETIH PUASE???...


Wah nak kongsi beberapa keping gambar yang sesuai sangat dengan keadaan kita sekarang yang sedang berpuasa..(kelakar pun ade)...Tertanya-tanya jugak makhluk-makhluk berikut ni puase ker..heh heh...


-p/s "aduyaiiii..dahagenyeee...kering tekak panasss...nak sirap bandung uuuuu....










-p/s "lambat lagi ke bukak puase niii....perut dah naik berdarah da niee huarghhhh......










p/s "huh tak larat nak jalan daa niee..kat sini pon blehlaaa port cantekk huuuu...adoiiii..










p/s "ambe tape dulu r..lambat gi nie bukok poso...budok2 uum ni tok taruh sikit pon lauk saur ko aku huuuuuuu"










p/s "yang pastinyee ni bukan kes puase..ni kes mngantuk tahap gabanlaa nie...maklumlaa malam2 orang tido die kencinglaa menyusulaaa....kasut pun jalaaaannn..layannnnn zaaassss..huhu





p/s "ni pun kes sama tapi tak serupee...katil dah tak besh ker?? ermmm..lu pklaa sendiri...









p/s "oh tuhann..seksa sungguh perutkuuu niee...ahhh daa tak tahaann...
pingsan sudaaa....kiokkk...






semua kenyataan dan gambar-gambar di atas tiada kaitan dengan yang telah mati atau masih hidup....sekian...peace no war heheh....

JIWA SEKENTAL BATU..














BARU-BARU INI AKU ADA HANTAR KARYA CERPEN KAT BLOG PENULISAN2U...SEKADAR RENUNGAN BERSAMA HAYATILAH KISAH YANG BERLAKU DISEKELILING KITA..KEHIDUPAN JUJUR SEORANG ANAK KAMPUNG YANG CEKAL....

JIWA SEKENTAL BATU…

Suara kokok ayam sudah lama bersahut-sahutan memecah hening pagi itu. Dinginnya menyucuk tulang-belulang. Samad menarik kain pelikatnya ke paras kepala. Kelihatan Pak Hasan muncul dari muka pintu dapur, sudah siap berwuduk dan bersedia untuk menunaikan solat subuh. Dia berdehem beberapa kali. “Samad bangun sembahyang..sudah hendak siang ni!” Suaranya di tinggikan sedikit apabila melihat tiada respon dari anak bongsunya itu. Samad menggeliat perlahan. Kak Esah muncul dari dalam bilik dengan muka yang masih mamai. Terus dia ke dapur untuk mengambil wuduk. Mak Nab pula sibuk mengupas kulit ubi kayu untuk di rebus buat sarapan pagi seperti biasa.

Hari itu tidak sekolah, maka sebab itulah Samad mahu memanjangkan sedikit waktu tidurnya namun gagal jua apabila di kejutkan ayahnya pagi-pagi lagi untuk solat subuh. “Tapi ayah hari ini Samad tak sekolah..tak payah kejut pagi-pagi, Samad mengantuk..” Melentok suaranya merayu-rayu. “Sembahyang mana boleh lengah-lengah!..sudah pergi ambik wuduk, sembahyang dulu, lepas tu kalau nak tidur..tidurlah kamu sampai ke tengahari!” Nada keras bapanya itu membuatkan Samad cepat-cepat bingkas bangun sambil membetul-betulkan pelikatnya.
Pak Hasan tidak pernah berkompromi dalam hal ehwal solat terutama dengan anak-anaknya. Solat adalah tiang agama maka sebab itulah dia amat menitikberatkan soal sembahyang. Kak Esah juga sudah mula memakai kain telekung dan sudah bersedia untuk sembahyang. Hasan dan Zainab sudah hampir berabad menetap di kampung itu. Beranak pinaknya juga di situ dan hidup mereka sudah sebati dengan suasana kampung itu. Walaupun sudah ramai yang berhijrah meninggalkan golongan tua sahaja yang tinggal, mereka masih setia berumah di situ. Di kurniakan empat cahaya mata dua lelaki dan dua perempuan sudah cukup membahagiakan walaupun hidup mereka sekeluarga daif namun mereka masih bersyukur dengan apa yang ada. Masih lagi makan pakai cukup. Dua anak mereka kini sedang belajar di universiti tempatan dan itu sudah membuatkan orang kampung menghormati mereka sekeluarga. Seusai solat Pak Hasan berdoa dan mengaji seperti biasa.

Kak Esah pula membantu emaknya di dapur membancuh teh cap bulan yang selalu di beli di kedai Harun. Teh itu menjadi minuman rutin mereka sekeluarga setiap pagi. Terus Pak Hasan ke beranda setelah selesai rutinnya di tikar sembahyang.
Sambil mengasah pisau menoreh dia mengulum daun tembakau kosong. “Bang, makan dulu..” Seperti biasa Mak Nab memanggil dari dapur. Kak Esah sudah memasukkan beberapa ketul ubi kayu ke dalam bekas untuk di bawa bekal oleh mak dan ayahnya semasa menoreh nanti. Samad sudah turun ke tanah melepaskan ayamnya di dalam reban seperti biasa. Kain pelikatnya mula melurut turun, Samad menarik semula ke paras dada. Sambil mengusap-gusap ayamnya dia membebel bercerita dengan ayam tersebut seolah-olah ia mengerti dengan butir bicaranya. “Samad naik makan!” Kak Esah melaung dari arah pintu dapur. “Ayam Samad tu dah tua, tengahari ni kita sembelih lah buat lauk..” Pak Hasan memulakan perbualan sambil mengunyah ubi kayu yang dicecah dengan kelapa muda parut bersama gula”. Samad yang sedang membasuh kakinya terus menguak pintu dapur. “Tak boleh!..ayam tu ayam Samad, mana boleh sembelih buat lauk!” Mata Samad mula memerah dan berair. “Sudah lama ayam tu kamu bela Samad, hari-hari kamu bagi makan beras, beras untuk kita makan pun tak cukup Samad..kita sembelih buat lauk hari ini, mak kamu nak masak tak ada lauk hari ini!”. Pak Hasan membalas dengan bernada memujuk. “Tak boleh, Samad tak izinkan!.. terus dia kembali meluru ke tanah mendapatkan ayam itu.

Terus rasa kantuknya hilang, Samad merenung jauh ke jalan berdebu yang tidak berturap itu. Air sembahyang Subuhnya pagi tadi masih melekat di muka, di sapunya dengan pangkal lengan. Pokok langsat itu mula bergoyang-goyang apabila Samad membetulkan duduknya. Setiap kali dia merajuk di pokok itulah dia selalu bertenggek. Di kelasnya Empat Alfa, Samad cukup di kenali ramai kerana sikapnya yang rajin dan menjadi kesayangan guru kelas iaitu Cikgu Rahimah. Namun kerap juga dia popular kerana di denda cikgu kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Samad terbawa-bawa kenangan di sekolah.
Ayamnya yang dipanggil ‘Jonet’ setia menunggu di bawah pokok langsat itu sambil mematuk-matuk tanah. Ayam itulah yang di sebut-sebut ayahnya untuk di sembelih tengahari nanti.

Samad mula mengingat kembali anak ayam yang baru di tetas dan masih lembik di tatang di tapak tangannya kira-kira 6 bulan lalu. Antara anak-anak ayam lain yang baru di tetas, Jonet yang paling lemah dan masih belum boleh berjalan. Samad mengusap-ngusap kepala anak ayam itu perlahan-lahan berharap agar semangatnya pulih dan mampu berdiri seperti ‘saudara-saudaranya’ yang lain. “Sudahlah tu Samad..anak ayam tu dah nak mati biarkan dia..”Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayahnya, Pak Hasan. “Tak..Samad akan usahakan supaya anak ayam ni terus hidup..” Samad bergegas naik ke atas rumah mencapai beberapa botol minyak panas yang selalu digunakan ayahnya untuk mengurut badan.
Sejak hari itu, rutin harian Samad mula berubah, pulang saja dari sekolah dia akan mengurut-ngurut kaki anak ayam itu, memberinya makan dan memastikan anak ayam itu tidak kesejukan. Rasa sayang Samad tumpah kepada anak ayam itu sepenuhnya. Makin bertambah sayang Samad apabila melihatkan anak ayam itu sudah mula berdiri walaupun masih terhuyung-hayang. Akhirnya sehingga sekarang anak ayam yang digelar ‘Jonet’ itu sudah membesar dan gemuk mengalahkan ‘saudara-saudaranya’ yang lain. ‘Jonet’ juga seakan tidak boleh berenggang dengan Samad, ke mana Samad pergi dibontotinya melainkan jika Samad ke sekolah.

Pernah juga abang dan kakaknya menggelarnya kembar si ‘Jonet’. Samad tersenyum-senyum sendiri bangga mengenangkan kisahnya dan ‘Jonet’ itu. Pagi ini pula tiba-tiba ayahnya mahu memisahkan dia dengan ‘Jonet’. Masakan dia mahu melihat saja ‘Jonet’ disembelih.
Sehingga kini, ‘Jonet’ saja yang masih tinggal ‘saudara-saudara’ yang lain semuanya sudah disembelih buat lauk dan ada juga yang dijual. “Abang pun satu, dah tahukan si ‘Jonet’ tu kesayangan dia..” Mak Nab mengomel sambil menyusun bekalan mereka di dalam plastik. “Abang bukan apa, dah tua ayam tu..apa salahnya kita sembelih buat lauk, Samad tu pun dah besar takkan nak bermain dengan ayam tu lagi nanti tak berkembang otak budak tu..rakan-rakan sebaya yang lain main bola di padang, dia pulak main dengan anak ayam tu di rumah..tak berkawan dengan orang budak tu nanti..” Kebimbangan Pak Hasan selama ini di luahkan kepada isterinya. “Ish..awak ni ke situ pulak..Samad tu kan ke sekolah macam anak orang lain jugak..berkawan dengan orang jugakan..biarlah si ‘Jonet’ tu, tak payahlah sembelih nanti merajuk susah pulak..” Mak Nab cuba memberi kata putus.

Faham benar dia dengan sikap Samad yang kuat merajuk dan susah dipujuk itu. Disebabkan hal itu juga, sampai dua hari Samad tidak bertegur dengan ayahnya. Rajuknya menjadi-jadi, puas ditegur ayah dan maknya, namun Samad hanya diam seribu bahasa.
Tetapi hari ketiga Samad mula menyahut panggilan ayahnya tidak seperti dua hari yang sebelum. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Rohani tengahari tadi sewaktu di kelas pendidikan agama Islam. “Menderhaka kepada ibu-bapa adalah berdosa besar, jadi anak-anak, berkata ‘umphh’ pun pada mak ayah sudah jatuh dosa menderhaka..ingat ye anak-anak jangan sesekali membuat musuh dengan ibu-bapa, tidak bau syurga nanti..” . Samad meneguk air liurnya yang serasa begitu pahit untuk di telan. Pulang saja dari sekolah dia terus mencari ayahnya. Terus dia menarik tangan kasar ayahnya lalu diciumnya perlahan, walaupun bau getah sekerap menusuk-nusuk hidungnya. “Ayah..ampunkan Samad..Samad tak mahu jadi anak derhaka, Samad nak masuk syurga…” Suara sayu Samad membuatkan jiwa lelaki Pak Hasan tersentuh. Perlahan-lahan dia mengusap ubun-ubun anak lelakinya. “Ayah dah lama maafkan Samad, ayah pun nak mintak maaf juga pada Samad, ayah janji, ‘Jonet’ tu Samad peliharalah..ayah tak mintak untuk buat lauk lagi..” Samad tertawa kecil.

******************************

Seminggu lagi semua umat Islam akan berpuasa. Samad yang paling gembira. Terus dia memasang angan-angan untuk mencari buluh di hujung kampung untuk dibuat meriam buluh. Suka benar dia dengan bulan puasa kerana bulan itulah makanan yang dimasak semua sedap-sedap, semua yang teringin ditekaknya akan dipenuhi. Bulan ini jugalah dia akan memperoleh baju baru.Samad juga suka ke masjid berterawih bersama ayah, mak dan Kak Esah. Suasana masjid terasa lebih meriah berbanding hari-hari biasa. Pak Hasan bermenung panjang di jendela.
Sudah seminggu dia tidak turun menoreh. Hujan yang turun sejak Jumaat lalu masih berlarutan. Berfikir-fikir dia bagaimana mahu mencari duit untuk bekal bulan puasa dan hari raya nanti. Harga getah juga tidak pernah tetap selalu naik turun. Kedutan di dahinya makin bertambah. Begitu berat beban yang dipikulnya kini. Samad yang sedang tekun menghafal sifir memandang ayahnya pelik. Selalu ayahnya tidak begitu, dia perasan sejak dua tiga hari ini ayahnya sudah tidak mengasah pisau getah seperti selalu.

Tetapi Samad dapat menangkap permasalahan yang sedang difikirkan ayahnya kini. Kak Esah ada berpesan kepadanya supaya berjimat cermat dengan wang belanja sekolah kerana ayah dan mak tidak dapat menoreh lagi. Semalam Kak Esah mengorek tabung wang belanja sekolahnya untuk wang belanja sekolah Samad. Kak Esah juga sedang buntu untuk membayar wang peperiksaannya. Samad kesian pada ayahnya tetapi dia juga tidak tahu bagaimana mahu meringankan beban ayahnya itu.
Petang itu sebaik saja menongkat basikalnya di bawah rumah terus dia menapak ke reban ‘Jonet’. Ditenungnya plastik dedak ‘Jonet’ yang makin menyusut. Samad mengeluh perlahan, dibukanya pintu reban, seraya itu, ‘Jonet’ melompat keluar sambil mengisik-ngisik bulu kepaknya. Samad tersenyum melihatkan gelagat ayamnya itu. “Nanti aku tak tahu nak bagi makan apa lagi kat kau ‘Jonet’..dedak dah nak habis, beras pun cukup-cukup untuk kami makan je..ayah dah seminggu lebih tak turun menoreh..duit tak ada sebab tak dapat jual getah sekerap.., nanti pandai-pandailaa kau ‘Jonet’ cari makan ye..” Samad mengusap-ngusap ayamnya perlahan. “Samad salin baju sekolah tu..akak nak basuh ni!” Raungan Kak Esah dari dapur membuatkan Samad cepat-cepat bingkas bangun menaburkan dedak cepat-cepat kepada ‘Jonet’ dan terus dia naik ke atas rumah.

Malam itu, Samad sukar untuk melelapkan matanya.
Badannya berpeluh-peluh, dilurut kain pelikatnya ke bawah perut. Pandangannya tertancap pada jam usang yang tergantung di muka pintu bilik Kak Esah. Dia mengecilkan biji matanya untuk memastikan angka yang ditunjukkan oleh anak panah pada jam itu. “Sudah pukul satu..” Desisnya perlahan. Tiba-tiba dia seakan-akan terdengar suara ayahnya berdehem perlahan di beranda depan. Dia mengamati perlahan-lahan suara ayahnya. “Aku tak tahulah Nab, sudah dua minggu puasa ni, menoreh pun tak sekerap dulu, hujan memanjang..mana nak cari duit buat bekal puasa dan raya ni..” Pak Hasan meluahkan kerisauannya kepada isterinya. “Hmm..insyaallah bang, adalah rezeki kita tu nanti..anggaplah ini ujian dari DIA bang..adalah tu rencanaNYA..saya ada sikit simpanan bolehlah buat bekal puasa nanti..untuk hari raya entahlah bang cukup ke tidak..kita usahalah sedaya mungkin, kalau tak hujan kita turunlah menoreh..” Mak Nab cuba mengurangkan kebimbangan suaminya itu.

“Macam mana Nab..hari ni turun menoreh, esok hujan..habislah susu getah tuu..dah banyak hari macam tu Nab..macam mana nak jual sekerap..aku risau betul si Esah dengan Samad tu perlukan duit untuk sekolah..wang peperiksaan Esah pun aku tak dapat bagi lagi ni..” Pak Hasan menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan berharap agar beban dibahunya berlalu pergi bersama hembusan nafasnya itu. “Tok Ketua ada minta jualkan si ‘Jonet’ tu nak dibuat baka ayam kampung, berkenan benar dia dengan si ‘Jonet’ tu, baka baik katanya..katanya lagi dia nak bayar berapa aje..tapi aku tolak permintaan dia tu..kesian si Samad nanti..” Keluhnya lagi. Mak Nab hanya menoleh sekilas ke arah suaminya sambil memandang ke arah kegelapan malam.
Betapa sukarnya hidup mereka sekeluarga ketika ini. Mahu mengadu pada anak sulungnya si Kamal dan Fatimah tidak berbaloi rasanya. Hanya menambah rasa bimbang mereka saja, sedangkan wang biasiswa mereka pun tidak cukup untuk membiayai pengajian mereka di universiti sana.

Samad mula merebahkan badannya ke bantal. Terngiang-ngiang kata-kata ayahnya tadi. “Tok Ketua nak beli ‘Jonet’..”Getus Samad perlahan, sambil menggigit-gigit hujung kain pelikatnya Samad berfikir-fikir. Pagi itu, Samad bersiap awal-awal ke sekolah. Sahur tadi, mereka hanya menjamu selera dengan nasi dan telur goreng bersama kicap manis. Namun sudah cukup menyelerakan bagi mereka sekeluarga. Telur goreng dengan kicap manis adalah kegemaran Samad. Sampai menambah dua kali, kalau tidak ditegur ayahnya mahu dia menambah lagi. Setelah bersalaman dengan mak dan ayahnya dia terus mengayuh basikal dalam kegelapan awal pagi itu menuju ke sekolah. Seusai sampai di sekolah, matahari sudah mula meninggi. Samad terus mendekati meja Sufiah, anak kepada Tok Ketua. Sufiah mendongak memandang Samad kehairanan. “Aku nak tanya sikit, pasal bapak kau..” Terang Samad perlahan. “Kenapa dengan bapak aku?..” Sufiah menyoal pula. Bertambah hairan dia dengan permintaan Samad tadi. “Tadi ayah aku beritahu, bapak kau nak beli ayam aku tu..betul ke?” Samad bersungguh-sungguh. “Betul laa tu, tapi ayah kau tak nak jual pun..”Sufiah menerangkan perlahan tanpa sebarang syak. “Kalau aku jual ‘Jonet’ kat bapak kau, berapa agaknya bapak kau nak bayar ye?” Samad terus-terusan menyoal. “Tak tahulah pulak aku, kenapa pulak kau sibuk-sibuk pasal ayam tu..kan ayah kau dah tak nak jual?..” Sufiah cuba mendapatkan penjelasan.


Suasana kelas makin hingar-bingar, kerana cikgu yang sepatutnya mengajar pada pagi itu masih belum muncul-muncul. “Aku perlukan wang sedikit..nantilah aku jumpa bapak kau petang nanti, aku bawak ‘Jonet’ sekali.” Sesudah itu Samad beredar ke mejanya. Sufiah hanya memandang kosong ke arah Samad.


**********************


Pagi itu, Pak Hasan bersiap-siap bukan mahu menoreh seperti biasa tetapi mahu ke rumah Azman. Peraih getah yang selalu membeli getah sekerapnya. Harapannya agar permintaan untuk meminjam wang dapat ditunaikan Azman. Hari raya sudah makin hampir, baju raya anak-anaknya masih belum di beli terutama Samad. Teringat-ingat lagi permintaan Samad supaya membelikannya baju melayu yang berwarna hijau. Sesudah dimatikan enjin motor kapcainya yang uzur itu, Azman muncul dari balik pintu rumahnya menyambut kedatangan Pak Hasan. “Masuklah dulu pak Hasan..mahu di hidang air pun tak boleh..” Selorohnya sambil tertawa. Pak Hasan turut ketawa.

Sudah biasa benar dia dengan sikap peramah Azman. Seorang anak muda yang punya wawasan tersendiri. Walaupun lulusan universiti dia sanggup meneruskan perniagaan warisan keluarga iaitu menjadi peraih getah sekerap.
Dia pernah menerangkan kepada Pak Hasan, bahawa dia tidak sanggup melihat tenaga empat kerat orang-orang kampung seperti Pak Hasan di ratah peraih-peraih luar terutamanya yang berbangsa Tionghua. “Saya kalau ikutkan hati mahu saja bekerja makan gaji di bandar tapi berapa sangatlah gajinya kalau nak dibandingkan dengan taraf hidup di bandar tu..lagipun saya nak bela nasib orang-orang kampung..” Tampak jelas keikhlasan yang ditunjukkan anak muda dihadapannya kini. “Aku ni ada hajat datang ni Man..” Pak Hasan memulakan bicara. Azman mendengar penuh khusyuk. “Hajat apa Pak Hasan..cakap ajelah kalau boleh bantu saya bantu..” Kata-kata Azman membuatkan Pak Hasan sedikit lega. “Kau tahu sajalah kan..dua tiga hari ni tak dapat nak menoreh..hujan kerap sangat..kalau dapat menoreh pun, tak sempat beku susu getah tu..hujan turun..aku ni tak tahulah nak mintak tolong pada siapa lagi, Man..aku hanya nampak kau saja sekarang ni.. kau pahamlah kan si Samad dengan Esah perlukan wang untuk sekolah, raya ni pun aku tak buat apa-apa persiapan lagi Man..”

Terasa segala perasaan malunya sudah tiada. “Saya paham Pak Hasan, macam nilah berapa yang Pak Hasan perlukan saya pinjamkan dulu, kalau dah dapat menoreh nanti Pak Hasan bayarlah sikit-sikit, lambat pun tak apa..” Pak Hasan mengeluh kelegaan. “Terima kasihlah Man..hanya tuhan saja yang balas budi kau ni..maaflah kalau aku dah menyusahkan kau Man..” Pak Hasan memandang Azman dengan wajah yang sukar ditafsirkan. “Tak apa-apalah Pak Hasan, bantuan saya ni tak seberapa lagi pun Pak Hasan akan bayar nanti..tak kisahlah selagi saya mampu saya akan tolong..susah Pak Hasan susah saya juga..” Azman menepuk-nepuk bahu Pak Hasan mesra. “Terima kasih banyak-banyak Man..nanti aku bayarlah kalau sudah boleh menoreh nanti..” Azman berlalu seketika ke belakang, seketika dia muncul lalu menyerahkan tiga keping not seratus ringgit. “Nanti kalau tak cukup, Pak Hasan jangan segan-segan jumpa saya ya..” Azman tersenyum mesra melihatkan anggukan kecil Pak Hasan. “Hari ni Pak Hasan susah, besok-besok mana tahu saya pula perlukan pertolongan Pak Hasan..”Tambahnya lagi.
Hari itu, setelah pulang dari rumah Azman dia terus ke bandar tanpa pengetahuan sesiapa pun. Niatnya mahu carikan baju raya anak-anak dan isterinya. Samad pula sebaik saja pulang dari sekolah terus bergegas dia menyalin baju dan mendapatkan ‘Jonet’ dari reban. Mak Nab yang sedang menggentel tepung untuk dibuat kuih menegur Samad dari dapur. “Samad!..sudah balik ke?” Panggilannya tidak berjawab terus dia memanjangkan lehernya meninjau ke ruang atas. “Samad!..oo..Samad!” Panggilannya juga tidak berjawab.

Cepat-cepat dia bingkas bangun menuju ke beranda. Melilau-lilau mencari kelibat Samad, di reban ayam juga tiada. Hatinya dipagut perasaan bimbang. Suaminya juga sejak keluar dari pagi tadi belum juga muncul-muncul. Samad memeluk erat ‘Jonet’ di pangkuannya.
Sambil sebelah tangannya kejap memegang hendal basikal. Kakinya pantas mengayuh basikal menuju ke rumah Tok Ketua. Niatnya hanya satu mahu menjual ‘Jonet’ dan mendapatkan wang untuk ayahnya. “Maafkan aku ‘Jonet’..aku tak sanggup lihat kau berlapar..aku rela jual kau kepada orang lain asalkan kau tak berlapar..nanti aku kumpul duit aku ambik kau balik ye ‘Jonet’..kau jangan risau tuan baru kau nanti orang baik-baik..” Samad mengomel perlahan sambil memandang ‘Jonet’ sekilas yang hanya diam terpaku di pelukannya. Rumah Tok Ketua dirasakan begitu jauh pula, bahang mentari makin menyucuk-nyucuk kepalanya.

Tiba-tiba dirasakan basikalnya dilanggar kuat dari belakang, badannya melayang, bunyi hon kereta memekik memenuhi gegendang telinganya. Pandangannya berpinar, pelukannya kepada ‘Jonet’ semakin erat. “Wei..ada budak kena langgar!!” Jeritan orang kampung mulai memecah kesunyian tengahari itu. Bergegas mereka menuju ke arah tubuh kecil yang sudah kaku di atas jalan, sambil tangannya erat memeluk seekor ayam.
Darah membuak-buak membasahi jalan raya. Basikal Samad sudah terpelanting ke dalam parit. Suara hingar-bingar memenuhi ruang jalan raya itu kini. Kereta yang melanggar Samad juga telah menghilang. “Ya Allah!..ini anak Pak Hasan…” Azman muncul sambil memangku Samad yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Pada waktu itu dia baru saja keluar untuk mencari lauk buat berbuka puasa. “Panggil ambulan!!” Teriaknya kuat, air jernih mula memenuhi tubir matanya. “Kesian Samad….” Keluh hatinya.

Tok Ketua juga muncul sambil beristighfar panjang lalu mengambil ayam yang dipegang erat Samad. Sufiah juga turut serta sambil teresak-esak seperti tidak percaya dia melihat Samad ketika itu. “Kereta yang melanggar tu dah lari Tok..tapi Harun dah ambik nombor plat kereta tu..budak-budak tu pun dah pergi kejar dengan motor tadi..” Beritahu salah-seorang daripada mereka yang berkerumun di situ. Samad terus di pangku ke kereta Azman menuju ke hospital. “Roslan pergi cari Hasan..beritahu dia..” Arah Tok Ketua cepat dan seraya itu dia terus mengiringi Samad ke hospital.

***********************

Petang itu juga, rumah Pak Hasan dipenuhi orang kampung. Van jenazah turut diparkir di bawah pohon langsat depan rumahnya. Suara orang membaca yasin juga memenuhi ruang tengah rumah. Mak Nab sudah beberapa kali pengsan melihatkan sekujur tubuh kecil anaknya yang dibalut kain putih. Seperti tidak percaya dia kerana baru pagi tadi Samad bersalaman dengannya sewaktu mahu ke sekolah. Pak Hasan juga memandang dengan rasa tidak percaya, sambil merenung bungkusan plastik baju melayu Samad, airmata lelakinya tumpah jua yang selama ini ditahannya. Beberapa kali Azman dan juga orang-orang kampung memujuknya supaya bersabar dan redha.

Pak Hasan hanya melihat saja orang-orang kampung yang mengerumuni sekujur tubuh anaknya sambil dibacakan yasin.
Dirasakan dirinya tidak kuat untuk turut serta membacakan yasin untuk arwah anaknya .Samad yang menjadi penghibur mereka kini sudah tiada. “Berat sungguh ujianMU ini Ya ALLAH s.w.t”. Rintih hati kecilnya. “Ayah ingat, Samad yang akan mengusung jenazah ayah tetapi Samad yang pergi dulu…” Tangisannya di tahan-tahan. Kamal, Fatimah dan Esah menghisap hingus masing-masing. Setelah diberitahu Tok Ketua, Kamal dan Fatimah terus bergegas balik. Mujurlah universiti mereka hanya di negeri sebelah tidak begitu jauh. Hanya beberapa jam perjalananan. Kak Esah yang paling terasa kehilangan dan terkilan. Samad pernah minta untuk di masakkan bubur jagung untuk berbuka puasa tetapi tidak tertunai. Kak Esah meraung jua demi mengingatkan semua itu. Kini hanya tinggal ‘Jonet’ sebagai kenang-kenangan dari arwah. Akhirnya ‘Jonet’ diserahkan juga kepada Tok Ketua sebagai menyempurnakan hasrat terakhir arwah Samad.

Namun tidak sampai seminggu ‘Jonet’ ditemui mati dalam reban, kata Tok Ketua sejak dibawa ke rumahnya, ‘Jonet’ enggan makan. Puas disuanya dedak, namun ‘Jonet’ tidak mematuknya walau sebiji pun. Mereka sekeluarga hanya beristighfar mendengarkan berita itu. Aidilfitri kali ini sudah tidak semeriah dulu lagi. Namun jiwa kental arwah Samad tetap melekat di sanubari keluarga Pak Hasan selamanya.


TAMAT

**********************

Tuesday, September 8, 2009

LUCK???..PERKATAAN YANG SUKAR UNTUK MUNCUL DALAM KEHIDUPAN AKU...



Tanggal 9/9/09 19 Ramadhan
Tarikh hari ini cukup keramat mungkin, kerana sekali seumur hidup kita melalui tarikh ini. Sama seperti tahun terdahulu, tarikh-tarikh yang unik ini akan dijadikan satu hari bersejarah dalam hidup bagi sesetengah orang. Sebagai contohnya, terdapat segelintir pasangan memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan dan sebagainya. Suatu hari yang bermakna dan membawa erti yang besar ke dalam kehidupan mereka. Tetapi bagi aku, kehidupan berjalan seperti biasa, tiada yang istimewa pada tarikh hari ini. Rutin harian pergi kerja balik kerja sudah sebati dengan kehidupan aku. Hidup dirantau memang cukup menguji kesabaran. Aku kadang-kadang kalau ikutkan hati mahu saja cabut dan balik goyang kaki kat rumah. Tetapi logik ke tindakan aku dalam keadaan dan situasi di mana orang sibuk mencari kerja dan masih menunggu jawapan temuduga mereka yang mencecah sampai bertahun-tahun. Aku pun tersepit antara kehendak dan tanggungjawab. W/bagaimanapun sejak dari dulu lagi setiap tindakan yang aku ambil, aku akan pentingkan keluarga terlebih dahulu. Apa-apa pun yang aku lakukan aku fikirkan Abah, Ma dan adik-adik. Segala keperluan mereka aku cuba turuti sedaya yang mungkin. Kerana bagi aku hidup tak bermakna tanpa mereka. Tetapi samapai bilakah aku akan terus dilema begini...'LUCK' tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Semua yang aku capai hari ini perlukan pengorbanan dan perit jerih keringatku satu-persatu tiada yang tertinggal pun. Kadang-kadang bila melihatkan kawan-kawan lain yang bahagia dan gembira dengan pekerjaan mereka aku naik cemburu. "Apa lebihnya mereka?..apa kurangnya aku?" Aku selalu jadi mangsa keadaan. Sebab aku tidak tahu bagaimana mahu membantah atau melukakan perasaan orang lain. Aku tak sanggup hampakan harapan dan permintaan orang. Maka sebabnya aku selalu jadi mangsa. Orang lain kerja tanpa 'stress' dan bergaji besar. Aku???..kerja tanpa hala tuju dan selalu menjadi tempat meluahkan kemarahan. Salah aku???..semua salah aku...Kadang-kadang aku terfikir yang aku sepatutnya memanjat syukur sebab berada di tahap ini sekarang. Namun masalah yang bertimpa-timpa membuatkan aku selalu menyalahkan takdir. Aku tidak kuat untuk menghadapi ujian-MU YA ALLAH...aku insan dan hambamu yang lemah. Aku tidak pandai melawan kata atau membangkang maka sebabnya aku jadi manusia lemah yang tidak punya apa-apa kelebihan. Tetapi semua kata-kata itu akan ku tepis bila mengingatkan suatu cerita tentang ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T punya banyak rencana untk setiap hambaNYA tak terkecuali aku.
Mereka yang selalu mendapat kesusahan di dunia kerana ALLAH S.W.T hendak melangsaikan semua hutang dosa hambanya itu supaya tidak akan dihisab di akhirat kelak kerana azab dan balasan di akhirat lagi dashyat. Maka hamba ALLAH S.W.T yang senantiasa mendapat kesenangan dunia harus beringat kerana tak semestinya kesenangan yang dikurniakan kerana ALLAH S.W.T sayang. Begitulah sifat ALLAH S.W.T yang MAHA BESAR lagi MAHA BIJAKSANA. Segala yang direncanakan pasti ada sebab dan alasan tersendiri. Maka sebagai hamba kita tidak sepatutnya mempersoalkan semua yang ditakdirkan dalam hidup kita. Sama situasinya seperti aku. Berpegang pada kata yang satu "Jangan bimbang jika seluruh dunia bencikan kamu kerana ALLAH S.W.T masih menyayangi kamu, bimbanglah jika ALLAH S.W.T yang membenci kamu". Kadang-kadang kita perlu terima hakikat bahawa kita bersendirian dalam dunia yang fana ini. Wallahualam.......

Saturday, September 5, 2009

BUKAK PUASA DI KUALA PERLIS....!! BESHHH..




Tanggal 4 September 2009-Bersamaan 14 Ramadhan..

Aku, Aa (budak kecik yang poyo tp penghibur kitorg) dan Akak (mcm mak kitorglaa tp kepala masyuk sama ha ha) decide nak bukak puase kat luar..(kalau di UUM ni xde tempat lainlaa selain kuala perlis..huu ye ke??). Maka kami bersiap-siaplaa sewa kereta terus aje ke sana dan dalam area pukul 6.30 petang kami sampai..Masa tu orang pun dah ramai berkerumun di restoran makanan laut kat kat jeti kuala perlis tuu..Masing-masing punye matlamat yang same..ade yang bawak famili dan ade yang berpasangan yang datang dengan geng pun ade. Kat sini macam-macam gelagat manusia aku perhatikan. Kadang-kadang tu terfikir jugak..kita kat Malaysia ni memang mewah makanan..Order sampai penuh meja tapi belum hampir separuh makan dah mengeluh kenyang..Aku tak kate orang lainlaa kitorang sendiri ponn..huuu..dapat sepinggan sorang nasik dah berkerut dahi..cam tak tau nak nasik tambahlaa tuuu..aku pun panggilaa budak 'waiter' tu mintak nasik tambah..apa lagi lepas je azan terus kami terkam air dulu..buah kurma(sunnah Rasulullah S.A.W) tu langsung kami x pandang..(memang kalau daa dasar hidup mewah makan boleh pilih nak ape je)..Rasulullah S.A.W dulu hanya berbuka dengan 3 biji kurma je dengan air suam..kadang-kadang terfikir betul jugak kalau makan kurma boleh kenyang, sebab kita kalau dah teguk air segelas nak habiskan nasik setengah pinggan pun dah mengah..huuu nafsu manusia memang tak pernah cukup dengan apa yang ada..Setelah sampai setengah nasik kami mula berkerut mual. Sebab perut dah penuh ngan air sirap cincau..hahaha..lepas tu ape lagi mintak tapaulaa lauk-lauk semua tuuu dengan nasik-nasik tambah sekali..huuuu...dah nampak daa perangai manusia yang berajakan nafsu...sedangkan saudara seislam kita dekat Palestin dan negara islam lain yang senasib dengan mereka harus mencatu makanan untuk berbuka puasa jadi kalau terlintas kat hati nak rembat semua lauk-pauk kat bazar ramadhan tu pikirlah beratus kali..jangan membazir ingatlah mereka yang tak berkemampuan..puasa mendidik kita untuk sama-sama merasa susah payah orang lain dan menambahkan amal ibadat. Samalaa juga dengan kes yang kene tangkap tak puase..yang heran tu kebanyakannya dah berumur dan bergelar bapa atau datuk.. orang-orang macam ni ke yang nak memimpin keluarga. Kalau perhatikan..dah menjadi fenomena biasa anak-anak muda berpeleseran dengan merempit selepas waktu berbuka atau bersahur. Tak tahulaa nak cakap ape..bangga sangat agaknya dapat mempamerkan kekuatan bunyi ekzos motor masing-masing tuuu..orang lain sibuk ke masjid sembahyang Subuh...Pernah aku terbaca dalam satu forum.."Yahudi akan kecut kalau umat Islam berjemaah Subuh di masjid seramai yang Solat Jumaat" .Nah lihatlah betapa takutnya Yahudi kalau umat islam bersatu padu. Sama-sama laa kite renungkan...




Thursday, September 3, 2009

ISU DUA NEGARA BERJIRAN-MALAYSIA VS INDONESIA




Sejak akhir-akhir ni, aku sering terbaca tentang perang siber yang berlaku antara rakyat Indonesia dan Malaysia (hanya segelintir). Kadang-kadang tu terkejut jugaklaa sebab di media Malaysia langsung tidak menyentuh berkenaan ketegangan yang berlaku antara dua negara bersaudara ini. Hanya sesekali menyentuh berkenaan kes penderaan Manohara tetapi tidaklah sampai memprovokasi rakyat untuk saling membenci dan menaruh prasangka buruk. Namun melalui perhatian rambang aku suasana sebaliknya tidak berlaku di negara seberang. Semua maklum media di sana bebas bersuara tiada sekatan dan akta yang mampu mengekang mereka seperti di negara ini.(Semua disekat,mahu bersuara hanya melalui laman sesawang @ blog, hanya menyiarkan isu yang pro kerajaan). Ironinya ada pro dan kons jika media dibiar bebas menyiar berita atau sebarang isu tanpa sebarang peraturan dan undang-undang yang sepatutnya. Impaknya boleh kita lihat apabila hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia makin bergolak. Perkataan 'GANYANG MALAYSIA' sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna-pengguna internet negara seberang lantaran perasaan benci yang meruap-ruap. Provokasi dari media Indonesia dan eksploitasi secara berlebihan terhadap isu yang melibatkan kedua negara tetangga ini telah menyemarakkan semangat rakyat Indonesia yang selama ini ditahan-tahan. Secara peribadinya aku berpendapat sejak dari dulu lagi Indonesia tidak senang dengan Malaysia. (tidak bermaksud mahu menyelar mana-mana pihak). Sejak konfrontasi dilancarkan ke atas tanah melayu melalui gagasan SUKARNO, hubungan antara Malaysia dan Indonesia tidak pernah berlangsung secara ikhlas atau atas dasar persaudaraan yang sebenar. Hubungan baik yang di canang pemerintah kedua-dua negara hanyalah bertujuan untuk kepentingan sejagat. Apa sahaja yang dilakukan Malaysia tidak pernah mendapat perkenan Indonesia. Soal kebudayaan contohnya; Indonesia klaim Batik yang dijadikan warisan kebudayaan Malaysia merupakan hak milik asli mereka. Tetapi tiada hujah atau fakta yang jelas tentang dakwaan mereka itu kerana Batik ada diguna pakai oleh kebanyakan negara Asia terutama wilayah Nusantara. Namun setiap negara mempunyai ciri Batik yang tersendiri. Malaysia berani menonjolkan warisan Batik kerana Batik Malaysia bercirikan Malaysia dan Indonesia juga mempunyai Batik yang bercirikan kebudayaan Indonesia. Jadi tidak timbul soal ciplak di sini kerana ia memiliki ciri perbezaan dari segi keunikan ukiran dan coraknya yang tersendiri. Batik adalah milik universal, oleh kerana Malaysia terlebih dahulu mempromosi warisan ini sebagai lambang budaya negara maka Indonesia melatah. Sudah menjadi adat jika si adik lebih ke depan maka si abang akan berasa tergugat. Begitulah diibaratkan situasi Malaysia dan Indonesia. Asalnya Batik adalah dari negeri China dan ia mula tersebar melalui aktiviti perdagangan ke Pulau Jawa. Jadi kedua-dua negara tidak ada hak untuk mengklaim Batik milik negara masing-masing. Kesimpulan disini adalah Batik Malaysia dan Batik Jawa/Indonesia adalah berbeza dan mempunyai ciri ukiran dan corak yang tersendiri. Begitu juga dengan lagu 'Rasa Sayang', Malaysia tidak pernah mengklaim bahawa lagu itu milik Malaysia tetapi mengesahkan bahawa ianya milik tiga negara rumpun iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Jika sekalipun Indonesia mencipta lagu ini kenapa tidak dipromosi dan dipatenkan sebagai hak milik mutlak, kenapa setelah Malaysia mempopularkan lagu ini dalam filem P.Ramlee dan sebagainya, Indonesia mula bersuara dan menuduh yang bukan-bukan. Harusnya kenapa perkara-perkara yang dikira tidak mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua belah pihak ini harus diselesaikan dengan cara berperang??(mendatangkan mudarat). Kenapa negara bersaudara seagama dan sebangsa harus berperang demi perkara-perkara yang hanya menegakkan ego dan memberi kepuasan yang bersifat sementara sahaja ini. Kenapa kita tidak berkobar-kobar mahu berjihad di jalan ALLAH S.W.T demi menegakkan agama ISLAM. Bangsa Islam di Palestin diinjak-injak puak zionis Yahudi dan kita hanya diam dan bersimpati dalam diam. Kenapa kita tidak bersatu untuk melenyapkan bangsa Yahudi dan musuh Islam lainnya?..Ini semua hanyalah ulah musuh Islam yang mahu melihat kedua-dua negara Islam bermusuh sepertimana konflik Iraq dan Iran, lihatlah apa yang berlaku natijahnya musuh Islam yang mendapat manfaatnya dan rakyat Iraq dan Iran menjadi mangsa. Mahukah kita menjadi seperti itu. Sesiapa sahaja(tidak kira pihak Malaysia dan Indonesia) yang mengajak perang itu berfikiran tidak matang dan hanya mengikut emosi membuta-tuli. Tidak fikir akibatnya jika berperang. Harus diteliti secara mendalam perang tidak pernah mendatangkan kebaikan malah mendatangkan banyak kerugian. Harus di ingat juga agama ISLAM mengesyorkan perang adalah jalan terakhir dan demi mempertahankan diri dan negara. Malaysia tidak pernah lagi dilihat menceroboh Indonesia dan membedil rakyatnya(seperti yahudi di Palestin). Juga tidak ada kes rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia dibunuh beramai-ramai malah dilayan seadilnya.(Dihantar pulang dan diberi makan percuma jika masuk secara haram). Kes penderaan pembantu rumah hanyalah segelintir dan tidak semua pembantu rumah diperlakukan sedemikian rupa dan kami rakyat Malaysia juga mengutuk sehabisnya perbuatan majikannya itu. Di negara Arab lagi teruk kes penderaannya terhadap rakyat Indonesia. Terdapat juga kes rakyat Indonesia yang melakukan jenayah dan membunuh rakyat Malaysia yang tidak berdosa. Namun kami tidak pernah memprovokasi dan memperbesarkan kes itu sehingga mahu melancar perang. Kes Manohara juga masih kabur dan melalui maklumat yang diperolehi, semua dakwaan penderaan itu hanyalah ulah si ibu yang mahu melangsaikan hutang-piutangnya. Tetapi belum terbukti apa-apa lagi Malaysia sudah diserang dengan kata-kata cacian dan makian. Akhir kata di sini tiada faedahnya memperbesarkan isu-isu sebegini sehingga menggadai rakyat dan negara. Kes Ambalat juga masih boleh ke meja runding tidak perlu sampai ke tahap angkat senjata. Perlanggaran sempadan oleh Malaysia hanya sekali sudah gempar satu Indonesia, tetapi perlanggaran TNI ke atas sempadan Malaysia kami hanya memberi amaran tanpa sebarang provokasi sehingga mahu berperang segala. DAMAI ITU INDAH, jadi janganlah kita jadi boneka musuh yang hanya mengadu domba untuk menghancurkan kedaulatan kedua-dua negara. Hanya JIHAD KE JALAN ALLAH S.W.T "(Tegakkan agama ISLAM semula)...ALLAHUAKBAR!!-