Thursday, September 3, 2009

ISU DUA NEGARA BERJIRAN-MALAYSIA VS INDONESIA




Sejak akhir-akhir ni, aku sering terbaca tentang perang siber yang berlaku antara rakyat Indonesia dan Malaysia (hanya segelintir). Kadang-kadang tu terkejut jugaklaa sebab di media Malaysia langsung tidak menyentuh berkenaan ketegangan yang berlaku antara dua negara bersaudara ini. Hanya sesekali menyentuh berkenaan kes penderaan Manohara tetapi tidaklah sampai memprovokasi rakyat untuk saling membenci dan menaruh prasangka buruk. Namun melalui perhatian rambang aku suasana sebaliknya tidak berlaku di negara seberang. Semua maklum media di sana bebas bersuara tiada sekatan dan akta yang mampu mengekang mereka seperti di negara ini.(Semua disekat,mahu bersuara hanya melalui laman sesawang @ blog, hanya menyiarkan isu yang pro kerajaan). Ironinya ada pro dan kons jika media dibiar bebas menyiar berita atau sebarang isu tanpa sebarang peraturan dan undang-undang yang sepatutnya. Impaknya boleh kita lihat apabila hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia makin bergolak. Perkataan 'GANYANG MALAYSIA' sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna-pengguna internet negara seberang lantaran perasaan benci yang meruap-ruap. Provokasi dari media Indonesia dan eksploitasi secara berlebihan terhadap isu yang melibatkan kedua negara tetangga ini telah menyemarakkan semangat rakyat Indonesia yang selama ini ditahan-tahan. Secara peribadinya aku berpendapat sejak dari dulu lagi Indonesia tidak senang dengan Malaysia. (tidak bermaksud mahu menyelar mana-mana pihak). Sejak konfrontasi dilancarkan ke atas tanah melayu melalui gagasan SUKARNO, hubungan antara Malaysia dan Indonesia tidak pernah berlangsung secara ikhlas atau atas dasar persaudaraan yang sebenar. Hubungan baik yang di canang pemerintah kedua-dua negara hanyalah bertujuan untuk kepentingan sejagat. Apa sahaja yang dilakukan Malaysia tidak pernah mendapat perkenan Indonesia. Soal kebudayaan contohnya; Indonesia klaim Batik yang dijadikan warisan kebudayaan Malaysia merupakan hak milik asli mereka. Tetapi tiada hujah atau fakta yang jelas tentang dakwaan mereka itu kerana Batik ada diguna pakai oleh kebanyakan negara Asia terutama wilayah Nusantara. Namun setiap negara mempunyai ciri Batik yang tersendiri. Malaysia berani menonjolkan warisan Batik kerana Batik Malaysia bercirikan Malaysia dan Indonesia juga mempunyai Batik yang bercirikan kebudayaan Indonesia. Jadi tidak timbul soal ciplak di sini kerana ia memiliki ciri perbezaan dari segi keunikan ukiran dan coraknya yang tersendiri. Batik adalah milik universal, oleh kerana Malaysia terlebih dahulu mempromosi warisan ini sebagai lambang budaya negara maka Indonesia melatah. Sudah menjadi adat jika si adik lebih ke depan maka si abang akan berasa tergugat. Begitulah diibaratkan situasi Malaysia dan Indonesia. Asalnya Batik adalah dari negeri China dan ia mula tersebar melalui aktiviti perdagangan ke Pulau Jawa. Jadi kedua-dua negara tidak ada hak untuk mengklaim Batik milik negara masing-masing. Kesimpulan disini adalah Batik Malaysia dan Batik Jawa/Indonesia adalah berbeza dan mempunyai ciri ukiran dan corak yang tersendiri. Begitu juga dengan lagu 'Rasa Sayang', Malaysia tidak pernah mengklaim bahawa lagu itu milik Malaysia tetapi mengesahkan bahawa ianya milik tiga negara rumpun iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Jika sekalipun Indonesia mencipta lagu ini kenapa tidak dipromosi dan dipatenkan sebagai hak milik mutlak, kenapa setelah Malaysia mempopularkan lagu ini dalam filem P.Ramlee dan sebagainya, Indonesia mula bersuara dan menuduh yang bukan-bukan. Harusnya kenapa perkara-perkara yang dikira tidak mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua belah pihak ini harus diselesaikan dengan cara berperang??(mendatangkan mudarat). Kenapa negara bersaudara seagama dan sebangsa harus berperang demi perkara-perkara yang hanya menegakkan ego dan memberi kepuasan yang bersifat sementara sahaja ini. Kenapa kita tidak berkobar-kobar mahu berjihad di jalan ALLAH S.W.T demi menegakkan agama ISLAM. Bangsa Islam di Palestin diinjak-injak puak zionis Yahudi dan kita hanya diam dan bersimpati dalam diam. Kenapa kita tidak bersatu untuk melenyapkan bangsa Yahudi dan musuh Islam lainnya?..Ini semua hanyalah ulah musuh Islam yang mahu melihat kedua-dua negara Islam bermusuh sepertimana konflik Iraq dan Iran, lihatlah apa yang berlaku natijahnya musuh Islam yang mendapat manfaatnya dan rakyat Iraq dan Iran menjadi mangsa. Mahukah kita menjadi seperti itu. Sesiapa sahaja(tidak kira pihak Malaysia dan Indonesia) yang mengajak perang itu berfikiran tidak matang dan hanya mengikut emosi membuta-tuli. Tidak fikir akibatnya jika berperang. Harus diteliti secara mendalam perang tidak pernah mendatangkan kebaikan malah mendatangkan banyak kerugian. Harus di ingat juga agama ISLAM mengesyorkan perang adalah jalan terakhir dan demi mempertahankan diri dan negara. Malaysia tidak pernah lagi dilihat menceroboh Indonesia dan membedil rakyatnya(seperti yahudi di Palestin). Juga tidak ada kes rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia dibunuh beramai-ramai malah dilayan seadilnya.(Dihantar pulang dan diberi makan percuma jika masuk secara haram). Kes penderaan pembantu rumah hanyalah segelintir dan tidak semua pembantu rumah diperlakukan sedemikian rupa dan kami rakyat Malaysia juga mengutuk sehabisnya perbuatan majikannya itu. Di negara Arab lagi teruk kes penderaannya terhadap rakyat Indonesia. Terdapat juga kes rakyat Indonesia yang melakukan jenayah dan membunuh rakyat Malaysia yang tidak berdosa. Namun kami tidak pernah memprovokasi dan memperbesarkan kes itu sehingga mahu melancar perang. Kes Manohara juga masih kabur dan melalui maklumat yang diperolehi, semua dakwaan penderaan itu hanyalah ulah si ibu yang mahu melangsaikan hutang-piutangnya. Tetapi belum terbukti apa-apa lagi Malaysia sudah diserang dengan kata-kata cacian dan makian. Akhir kata di sini tiada faedahnya memperbesarkan isu-isu sebegini sehingga menggadai rakyat dan negara. Kes Ambalat juga masih boleh ke meja runding tidak perlu sampai ke tahap angkat senjata. Perlanggaran sempadan oleh Malaysia hanya sekali sudah gempar satu Indonesia, tetapi perlanggaran TNI ke atas sempadan Malaysia kami hanya memberi amaran tanpa sebarang provokasi sehingga mahu berperang segala. DAMAI ITU INDAH, jadi janganlah kita jadi boneka musuh yang hanya mengadu domba untuk menghancurkan kedaulatan kedua-dua negara. Hanya JIHAD KE JALAN ALLAH S.W.T "(Tegakkan agama ISLAM semula)...ALLAHUAKBAR!!-

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment